CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 15, 2011

nama, cinta & hati 1

Sebuah rumah bungalow besar dan indah kelihatan sangat meriah dengan ramai sanak saudara dan kedengaran lagu-lagu lama yang sangat popular untuk sebuah majlis perkahwinan. Kelihatan kelibat seorang wanita yang berusia dalam tiga puluhan sedang mundar-mandir mencari sesuatu. Dia bertanyakan sesiapa sahaja yang berada di depan matanya,
“Mak Long, ada nampak ibu Afaf?”
“Ada tadi nampak kat luaq masa Mak Long mai. Ni awat ang duk kalut sangat ni Afaf?”
“Hah! Yeke Mak Long? Tak ada apa-apalah Mak Long. Afaf pergi cari ibu kejap. Terima kasih Mak Long.” Afaf berlalu membuatkan si ibu saudaranya terpinga-pinga.
“Ibu!!!!!!” jerit Afaf memanggil ibunya dari beranda tingkat satu rumah tersebut.
“Ya! Ibu dekat bawah ni. Kenapa Afaf?” jerit ibunya muncul dari bawah kanopi di tengah-tengah halaman rumah yang menghijau.
“Ibu, Arfan ni, dia tak nak bagi kitorang masuk bilik dia. Ibu naik kejap cakap dengan dia, ya? ” jerit Afaf sekali lagi kepada ibunya yang sedang sibuk menghias kanopi-kanopi di halaman rumah tersebut.
Selepas Datin Almas cuba mendengar, memproses dan memahami satu persatu kata-kata anak sulungnya tadi dengan jelas, dia pun meminta diri sebentar kepada pekerja-pekerja yang menguruskan kanopi itu,
“Yalah, ibu datang.”
“Maaf ya semua. Anak saya panggil ke atas sekejap. Saya minta diri dulu ya?” tanpa menunggu jawapan daripada pekerjanya, dia berlalu meninggalkan kanopi tersebut, tiba-tiba dia berpaling semula,
“Tapi kalau ada apa-apa masalah, jangan segan-segan jangan silu-silu tau, panggil je I kat atas atau kalau tak jumpa call je ke nombor saya ye?” katanya sambil tersenyum dan menunjukkan peace dengan jarinya.
Sambil berjalan, dia memikirkan anaknya Arfan. Aduhai, dah la kanopi tu tak pasang siap lagi, ni budak Arfan ni nak kena ni. Buat hal lagi lah ni. Pening kepala aku nak uruskan budak ni seorang. Tak padan dengan lelaki seorang, manjanya berlebihan. Tapi, aku jugak yang manjakan dia. Seloroh Datin Almas dalam hati sambil menaiki tangga menuju ke bilik anaknya. Dia agak pening dengan perangai anak-anaknya. Yalah, mempunyai sebuah keluarga besar dengan lima orang anak perempuan dan seorang lelaki. Tiga orang anak perempuanya sudah berkahwin, ni perkahwinan ke empat berlangsung dirumahnya, iaitu perkahwinan anak lelaki satu-satu dalam keluarganya. Kerana kasih sayang yang berlebihan kepada anak lelakinya itu, dia cuba membuat majlis perkahwinan anaknya itu besar-besaran. Apa nak buat, layan je lah.

0 comments:

Post a Comment