CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 15, 2011

nama, cinta & hati 2

“Mak Su, Alya tak nak kahwin…”ditepi tingkap yang mengadap bandaraya kuala lumpur, kedengaran rintihan seorang gadis yang bernama Alya kepada ibu saudaranya.
“Alya sayang, janganlah macam ni. Mereka datang ke rumah kita untuk mengambil Alya jadi menantu mereka dengan niat yang baik tau hari tu. Nak satukan Alya dengan anak mereka, itukan hasrat ibu Alya. Tak baik kita nak batalkan perkahwinan ni. Lagipun mereka datang dari keluarga yang baik-baik.” Nasihat ibu saudaranya kepada Alya.
“Alya tahu tu mak su, tapi Alya baru umur 24 tahun. Baru je grad dah nak kena kahwin. Masak pun tak reti ni kan pula nak jadi isteri orang yang satu-satunya menantu perempuan dalam keluarga tu.”resah tiba-tiba melanda diri alya, kerana selama dia tinggal dengan mak su, tak pernah pula dia belajar hal-hal rumah tangga.
“Alya, mak su yakin alya boleh buat. Walaupun alya tak pernah masak, alya bukan tak pernah tengok mak su masak. Jangan risaulah, mak su yakin alya boleh buat dan jangan lupa Allah sentiasa bersama kita dan doa mak su sentiasa bersama alya tau?”pujuk mak su kepada alya sambil mengusap rambut anak saudaranya itu.
Alya termenung lagi keluar jendela fikirannya melayang. Hari berganti hari tidak ada apa yang dapat dia lakukan. Hanya setiap malam, dia selalu bangun untuk menunaikan solat sunat tahajjud dan istikharah memohon petunjuk dan pelindungan kepada penciptanya Allah SWT. Segala petunjuk dari mimpi yang muncul dalam tidurnya, tiada tanda-tanda negative tentang keluarga Arfan. Tinggal seminggu sahaja lagi hari perkahwinan dia dan Arfan akan tiba.
Arfan? Dia seorang lelaki yang tidak pernah aku kenali dan aku cuma pernah tahu dan berjumpa sekali sahaja, itu pun atas urusan kerja. Kerana syarikat aku yang aku berkerja sekarang dan ayahnya bekerjasama dalam satu projek besar untuk membangunkan satu cawangan baru di Johor.

“aduh!”alya terjerit kecil kerana tergelincir semasa ingin menaiki tangga di sebuah hotel.
“cik tidak apa-apa, boleh saya bantu?”seorang pemuda cuba untuk memberi bantuan kepada alya. Tetapi huluran tidak bersambut cuma dua pasang mata yang berbicara. Lama mata itu berkomunikasi, cuba untuk mengenal siapa pemilik mata masing-masing.
“Alya!!awak okey ke?”
Terkejut dengan jeritan dari seorang lelaki, mereka berdua tersedar dari alam ‘bicara mata’. Alya cuba bangun dengan bantuan seorang perempuan.
“terima kasih”
“sama-sama, small matter” balas perempuan tersebut.
“Arfan, you ni kan nak tolong orang ke nak ngorat mata orang? Lama betul I tengok both of you changing eyes.”seloroh perempuan yang tolong Alya tadi kepada pemuda yang dikenali dengan nama Arfan.
“Eh, ain you jangan nak mengarut. Mana ada, dah I nampak dia terjatuh, I nak tolong dia je. ”balas Arfan dengan lantang ingin menutup malunya dihadapan dua orang yang dia tidak kenali itu.
Kelihatan Arfan dan gadis yang bernama Ain itu sangat mesra membuatkan Alya rasa kurang selesa. Lalu dia cuba meminta diri,
“maafkan saya encik dan cik berdua. Saya kena pergi dulu. Terima kasih sekali lagi dan maafkan saya.” Ucap alya kepada Ain dan Arfan sambil menarik lengan baju kawannya.
“adib, jom dah lambat ni”
“ok, jom. tapi you ok tak ni Alya?”
“I ok je lah. Cuma sakit pinggang sikit je”mereka berdua berlalu meninggalkan Ain dan Arfan. Arfan hanya memandang Alya dari belakang yang sudah jauh menaiki tangga ke tingkat atas,
“Alya..”
“Hmm, you ada cakap apa-apa ke Fan?” Tanya ain kepada Arfan kerana dia seperti mendengar sesuatu.
“Hah! Err..tak adalah. Eh, jomlah kita dah lambat ni.”beritahu Arfan kepada Ain sambil melihat jam di pergelangan tangannya.
Sesampai mereka berdua kedalam bilik mesyuarat, ternyata mesyuarat telah bermula. Arfan menuju ke tempat duduk sebelah ayahnya.
“where were both of you go?” Tanya Dato’ Amaluddin kepada anaknya
“Sorry dad we’re late. Something happen just now. Sorry ye?”katanya kepada ayahnya sambil tersenyum dan menyusun sepuluh jari memohon ampun.
“it’s ok. Ampun mu diterima. Nasib baik mesyuarat baru nak start.”jawab ayahnya senang melihat perlakuan anaknya yang seperti kurang matang itu. Anaknya memang selalu macam itu. Ada saja alasan kalau datang lambat. Tapi nak buat macam mana, itulah satu-satu anak lelakinya yang amat-amat dia sayang. Dengan tekun mereka semua mendengar minit mesyuarat itu dan tiba masa untuk memperkenalkan pengurus projek dari syarikat masing-masing,
“dipersilakan encik Muhammad Arfan Fauzan Dato’ Amaluddin” Arfan dengan segera bangkit dari kerusi dan terus ke hadapan di dalam bilik mesyuarat tersebut. Sesudah sampainya dia disitu, pengerusi memanggil seorang lagi pengurus projek dari syarikat yang bekerjasama dengannya,
“Cik Nur Alya Fikriyah Adam”alya bangkit dari kerusi dan berjalan dengan penuh gaya sebagai seorang akauntan yang berkebolehan walaupun baru berusia 24 tahun.
Dalam pada itu, Arfan terpegun melihat seorang yang dia baru kenali tadi kini di depan matanya kembali dan dia adalah orang yang perlu bekerjasama untuk cawangan baru di Perak itu. Alya tersenyum lalu menghulurkan tangan, Arfan menyambutnya dengan perasaan yang aneh dan dia juga memberikan satu senyuman kepada Alya.
Setelah tamat mesyuarat tersebut, Alya berjumpa dengan Arfan tanda untuk mesra sebelum bekerja bersama. Itu adalah prinsip kerjayanya.
“saya tak sangka, orang yang bekerjasama dengan saya adalah awak en. Arfan.”
“ya, saya pun amat tidak menjangkakan hal ini juga Cik Alya. Ternya kita berjodohkan?”seloroh Arfan cuba bergurau dengan Alya. Pada mulanya alya terkejut. Tapi, dia tahu yang Arfan hanya bergurau dengannya. Ternyata Alya ketawa, senang dengan gurauan Arfan,
“hahaha..saya Cuma bergurau ok? Jangan ambil hati ya?”
“tak adalah En.Arfan, saya faham. Jadi saya harap kita boleh bekerjasama dengan baikkan?”
“insya’allah, cik alya. saya akan yakinkan yang syarikat saya tidak akan menghampakan syarikat cik alya. tapi saya juga syarikat cik alya juga samakan?”
“insya’allah, en. arfan. saya akan yakinkan yang syarikat saya tidak akan menghampakan syarikat en. Arfan.” Kata alya mengucapkan ayat yang sama dengan Arfan. Tetapi arfan terdiam seketika memikirkan ayat yang dia dengari tadi. Tiba-tiba belakangnya ditepuk halus,
“Fan, dia ulang apa yang you cakaplah. You ni lambat pick up lah. Haha..”terkejut Arfan dengan kedatangan ain dan juga memberitahu yang dia lambat pick up.
“Sorrylah ya, en. Arfan awak ni lambat pick up sikit benda-benda macam ni. Hehe..”terang Ain kepada Alya sambil ketawa. Terkejut dengan itu juga Arfan memberi jelingan tajam kepada Ain.
“haha..sorry, sorry, I minta maaf ok. Ala gurau je..hehe” pujuk ain kepada arfan yang mukanya sudah merah menahan malu.
“By the way, I Ainul Hayat assistant manager for this project. The easiest to say, im his assistant”katanya sambil menunjukkan jari kepada Arfan. Baru sahaja alya ingin menyambut, tiba-tiba Adib datang menyambut tangan Ain,
“and I Adib Firdaus.”terkejut ain dengan kehadiran seorang lelaki tampan berkulit putih bersih seperti Arfan tiba-tiba menyambut tangannya sambil tersenyum.
“so, dari tadi I nampak you guys berborak jadi I terasa nak join. And for you information, I’m her assistant manager for this project. Nice to meet you en. Arfan.” Huluran salam diberikan kepada Arfan. tangan disambut agak dingin. Sesuatu terjadi antara Arfan dan Adib dapat dirasai oleh kedua-dua gadis di sekeliling mereka.

0 comments:

Post a Comment