Seorang gadis yatim piatu, Alya, telah dijodohkan bersama seorang anak kepada usahawan yang terkenal, Arfan, lelaki yang tidak dikenalinya. Mereka berdua merasakan diri seperti terpaksa berkahwin atas kehendak ibu bapa Arfan dan ibu bapa saudara Alya.
Diceritakan kepada mereka, 10 tahun lalu, ibu bapa Alya meninggal kemalangan kerana sikap cuai ayah Arfan memandu tanpa menghiraukan had laju, menyebabkan ibu bapa Alya meninggal dan hanya Alya dan ibu saudaranya sahaja yang terselamat walaupun agak kritikal. Semasa perjalanan ke hospital, ibu Alya sempat menyampaikan hasrat terakhirnya, “tolong jaga anak saya..”Jadi dengan perasaan bersalah, ayah Arfan telah berjanji akan melakukan apa sahaja sebagai ganti rugi kepada keluarga Alya. Arfan merasakan dirinya seperti dijual daripada keluarganya dan hanya bersabar dengan ketidakadilan itu.
Dia cuba memahami isterinya, tetapi tidak boleh. Kerana sebelum dia berkahwin, hatinya telah dicuri oleh seorang perempuan, Ainul Hayat, kawan seuniversitinya juga rakan sepejabat di syarikat ayahnya. Alya pula mempunyai seorang teman baik di pejabatnya, Adib, tempat dia meluahkan perasaan dan bergurau senda. Dia pernah menyukai Adib sebelum dia berkahwin dengan Arfan. Akan tetapi, panas disangka sampai ke petang, selepas dia berkahwin dengan Arfan, dia hanya menganggap Adib sebagai seorang abang dan tidak akan pernah jatuh hati kepadanya lagi.
Pasangan dua sejoli itu cuba mengharungi hidup berumah tangga bersama dengan perasaan yang terpaksa. Kerana diri masing-masing sudah mempunyai pilihan hati yang tersendiri. Mereka berasa sangat asing antara satu sama lain. Jadi macam mana kisahnya?
Sunday, August 14, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment